Terms & Conditions

PROGRAM PEMILIKAN IPAD

Saya dengan ini berwaad dan bersetuju bahawasanya:

  1. Tempoh program 24 bulan bermula dari tarikh permohonan ini diluluskan oleh pihak Syarikat sehingga tamat tempoh tersebut (“Tempoh Program”). Sebarang pembaharuan atau lanjutan Tempoh Program adalah dibawah budibicara pihak Syarikat.
  2. Bayaran sewaan setiap bulan seperti yang dinyatakan di Bahagian A akan didebitkan melalui potongan dan berkuatkuasa daripada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak Syarikat.
  3. Bagi tujuan potongan komisyen bulanan mestilah sekurang kurangnya RM1,000 sebulan.
  4. Para peserta hendaklah hadir sepenuhnya latihan untuk Program ini. Tarikh, masa dan tempat latihan akan dimaklumkan nanti.
  5. Ketua agensi hendaklah menandatangi Borang Permohonan sebagai penjamin di Bahagian C. (jika komisyen ejen dibawah RM1,000 sebulan).
  6. Pihak Syarikat berhak menentukan tarikh dan tempat latihan untuk Program ini. Keputusan pihak Syarikat adalah muktamad.
  7. Saya tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Surat Penerimaan Peranti dan apa – apa juga kontrak atau Perjanjian Pajakan yang dimeterai diantara pihak Syarikat dan pihak ketiga atau pembekal tersebut.
  8. Pihak Syarikat boleh meminda mana-mana terma dan syarat bagi Program ini termasuk Surat Penerimaan Peranti, Penyelengaraan Peranti dan juga Borang Permohonan ini dengan memaklumkan kepada saya secara bertulis pada bila-bila masa sahaja.
  9. Pihak Syarikat tidak memberi jaminan dan tidak akan bertanggunjawab keatas sebarang perkhidmatan atau keadaan Peranti, Penyelengaaraan Jalur Lebar yang ditawarkan di bawah Program ini.
  10. Terma dan Syarat di dalam Borang Permohonan ini akan dibaca bersama-sama dan menjadi sebahagian daripada Surat Penerimaan Peranti.